Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Isu Jana Wibawa: Bersatu selar Rafizi tunjuk diri suci macam malaikat

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris membidas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang didakwanya "terus menerus mencerminkan dirinya sebagai seorang suci atau malaikat."

"Seolah-olah Rafizi sahajalah yang benar dan sahih.

"Seolah-olah Rafizi memperjuangkan orang Melayu Islam Bumiputera dengan jalan yang betul," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Katanya, kenyataan menteri ekonomi itu terus-menerus mengaitkan pemimpin pembangkang dengan skandal Jana Wibawa sebelum mahkamah memutuskan perkara itu.

"Kita nak tanyalah, sudah adakah kes Jana Wibawa diputuskan oleh mahkamah, siapa yang tersabit dengan kesalahan itu?

"Ini satu tuduhan serius oleh seorang menteri kabinet yang telah menuduh mereka yang telah dibawa ke mahkamah telah merembat," katanya lagi.

Razali mengulas kenyataan Rafizi semalam bahawa kerajaan tidak akan "menunggang" orang Melayu hanya untuk memperkayakan segelintir pihak.

Program Jana Wibawa yang diperkenalkan oleh pentadbiran PN sebelum ini sepatutnya membantu kontraktor Bumiputera semasa pandemik Covid-19. Kerja-kerja yang dianugerahkan kerajaan itu kemudian didakwa disubkontrakkan kepada syarikat bukan Melayu.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris.

Program itu bertukar menjadi skandal rasuah yang membabitkan beberapa pemimpin Bersatu bagaimanapun perbicaraan masih berlangsung di mahkamah dan masih belum ada sabitan terhadap pertuduhan.

Semalam, Rafizi berkata dia faham lenggok pertanyaan mereka, konon untuk menunjukkan mereka membela Melayu.

"Ikut hati, saya ingin jawab mudah sahaja: Insya-Allah kami tidak akan menunggang nama Melayu untuk beberapa kerat rembat duit Jana Wibawa yang akhirnya di-Ali Baba-kan kepada syarikat bukan Melayu," katanya pada catatan Facebook sebagai maklum balas terhadap desakan pembangkang mengenai agenda ekonomi bumiputera kerajaan.

Program Jana Wibawa yang diperkenalkan oleh pentadbiran PN sebelum ini sepatutnya membantu kontraktor Bumiputera semasa pandemik Covid-19.

Kerja-kerja yang dianugerahkan kerajaan itu kemudian didakwa disubkontrakkan kepada syarikat bukan Melayu.

Program itu bertukar menjadi skandal rasuah yang membabitkan beberapa pemimpin Bersatu bagaimanapun perbicaraan masih berlangsung di mahkamah dan masih belum ada sabitan terhadap pertuduhan.

Dalam pada itu, Razali menasihatkan Rafizi supaya jangan menjadi "menteri politik dan propaganda."

"Silalah jadi seorang menteri ekonomi bersifat negarawan.

"Dah setahun memerintah, fesyen atau style lama juga dikekalkan, tak ke mana lagi ekonomi negara untuk tahun kedua di bawah kerajaan Perpaduan ala Madani ini," kata Razali.