Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Hasbie pertahan jawatan ketua Pemuda Amanah

Hasbie Muda kekal mempertahankan jawatan ketua Pemuda Amanah bagi penggal kedua pada pemilihan sayap parti bagi sesi 2023-2026 yang berlangsung hari ini.

Senator Dewan Negara itu meraih undi tertinggi dengan 387 undi, pada pemilihan sayap pemuda.

Sementara itu, Adun Batu Tiga Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid (gambar, bawah) dipilih selaku timbalan ketua pemuda.

Tiga naib ketua pemuda adalah masing-masing Faris Arriffin, Ammar Atan dan Jeming Hassan.

Pengumuman itu dibuat oleh Speaker baru yang dipilih Dr Mohd Izzuddin Nazaruddin.

Terdahulu, pengundian pemilihan Pemuda Amanah itu berlangsung di Grand Nexus Ballroom, Bangsar, malam ini.

Pengundian tersebut bagi memilih 27 ahli jawatankuasa pusat Pemuda Amanah yang kemudiannya akan memilih pula barisan kepimpinan baru sayap parti itu.

Sebanyak 577 perwakilan mengundi pada pemilihan kali ini daripada jumlah 840 yang layak mengundi. Sebanyak lima perwakilan tidak mengembalikan kertas mengundi.

Berikut adalah senarai 27 ahli jawatankuasa Pemuda Amanah:

  • Hasbie Muda- 387 undi

  • Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid- 368

  • Dr Nash Nahar-336 undi

  • Mirzan Majid- 319 undi

  • Fadhli Umar Aminolhuda- 316 undi

  • Ammar Atan- 305 undi

  • Jeming Hassan- 304 undi

  • Firdaus Mokhtar- 302 undi

  • Hafiz Roslan- 299 undi

  • Faris Arriffin- 298 undi

  • Muammar Qaddafi- 297 undi

  • Muaz Abdullah- 296 Undi

  • Azhar Rahman- 293 Undi

  • Fakhrul Razi Hamdan- 289 undi

  • Ridhuan Esa- 289 undi

  • Ammar Izham- 284 undi

  • Taqiuddin Cheman- 279 undi

  • Asim Abdullah- 276 undi

  • Sheikh Khuzaifah Bawazeer- 275 undi

  • Ahmad Shahir- 273 undi

  • Ramadhan Lotphi- 273 undi

  • Rendy Ismail- 273 undi

  • Khairol Najib- 263 undi

  • Omar Tuan- 258 undi

  • Saqif Ansorullah- 256 undi

  • Aizat Temerloh- 256 undi

  • Mohd Hanis- 256 undi

Pemilihan hari ini juga memilih Mohd Hazmir Suboh selaku timbalan ketua speaker Pemuda Amanah. Sementara, Luqman Fudail dan Haris Omar dipilih sebagai juruaudit sayap parti itu.

Dalam ucapan sulungnya, Hasbie berkata bahawa kepimpinan baru tidak akan tergopoh-gopoh dalam pelantikan yang lain melibatkan peringkat negeri.

"Kita akan perkukuhan Pemuda Amanah di peringkat negeri kawasan dan nasional. Kita tidak akan gopoh untuk melantik jawatankuasa termasuk Ketua Pemuda Amanah Negeri, berasaskan kepada semangat demokrasi.

"Kita akan ambil masa untuk perhalusi bukan sewenangnya untuk lantik dan ke hadapan kita akan berikan komitmen yang terbaik sepanjang tiga tahun mandat," katanya