Polis Perak siasat pelajar maut dilanggar lari
Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut disyaki dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di Ipoh tengah hari tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan kini sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.
"Kita telah dapat laporan daripada beberapa saksi.
"Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Yusri (gambar, atas) berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.
Beliau berkata mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh untuk proses bedah siasat.
Terdahulu tular hantaran oleh orang awam di laman Facebook mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan (gambar, judul) yang didakwa dilanggar oleh sebuah kereta.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai