Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

LHDN dapat penghakiman terus kes saman cukai terhadap Shafee

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya  memperolehi penghakiman terus (keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh) dalam tuntutan saman terhadap peguam veteran Muhammad Shafee Abdullah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan kepada minggu depan berhubung jumlah sebenar yang perlu dibayar Shafee.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan awal tahun ini yang menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung cukai taksiran dan penalti berjumlah RM1.69 bilion.

Dalam hal berkenaan, Najib memohon untuk dibenarkan memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman cukai LHDN terhadapnya. Jika ini dibenarkan, perbicaraan penuh akan dijalankan dan bukannya keputusan terus oleh LHDN terhadap bekas perdana menteri itu.

Ketika Roz Mawar hendak menyebut jumlah yang perlu Shafee bayar kepada LHDN, peguamnya Rajan Navaratnam memaklumkan bahawa terdapat ‘perkembangan baharu’ berhubung perkara itu.

Wakil undang-undang LHDN, peguam kanan Norhisham Ahmad mengesahkan kepada mahkamah sivil mengenai perkembangan baru tentang jumlah yang perlu dibayar oleh Shafee.

Peguam untuk kedua-dua LHDN dan Shafee sedang dalam proses memuktamadkan jumlah tersebut.

Roz Mawar kemudian menangguhkan pengumuman mengenai jumlah cukai itu kepada Isnin depan.

[Baca berita penuh]