Abim kecam Amerika gagalkan gencatan senjata di Gaza
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto untuk menghalang gencatan senjata antara kumpulan bersenjata Palestin dan Israel.
“Presiden Joe Biden telah menyebabkan Amerika Syarikat hilang keabsahan untuk menjuarai hak asasi manusia sejagat, kebebasan dan perdamaian dunia,” kata Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Muhammad Faisal mengingatkan bahawa perkara itu adakan tindakan kedua AS dalam mengekang usaha damai di Timur Tengah.
Malah, katanya, ia dengan sengaja menghalalkan tindakan ganas rejim Zionis membunuh lebih ramai orang awam seperti wanita, kanak-kanak dan orang tua.
AS pada Jumaat lalu menjadi satu-satunya negara yang menentang resolusi itu, ketika 12 buah negara antaranya China, Jepun, Perancis, Switzerland dan Brazil menyokongnya.
Timbalan Duta Besar AS ke PBB Robert Wood antaranya berkata mereka tidak menyokong gesaan resolusi gencatan senjata yang tidak mampan yang hanya akan menanam 'benih' untuk perang seterusnya.
Britain yang juga sekutu AS berkecuali dalam undian itu.
Dalam kenyataan hari ini, Abim juga mendesak dunia memulaukan AS melalui persidangan agung PBB dalam usaha mencari kedamaian buat warga Palestin.
Itu adalah kenyataan terakhir Faisal sebagai presiden Abim.
Dia akan menyerahkan tugasnya kepada presiden baru Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai