Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

PN kekal di Gua Musang, mahkamah tolak rayuan petisyen BN

Mohd Azizi Abu Naim dari PN kekal sebagai ahli Parlimen Gua Musang, susulan keputusan mahkamah persekutuan  menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh BN.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan Mohd Azmi Mahmood.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Rhodzariah Bujang dan Abu Bakar Jais.

Pada 5 Sept lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu menolak petisyen pilihan raya BN untuk Gua Musang, berikutan pemecatan pasukan peguam Azmi.

Dilaporkan bahawa Azmi memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-15 bagi kerusi parlimen Gua Musang yang dimenangi oleh Azizi yang mewakli Bersatu. Dia menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dari BN dengan majoriti 1,826 undi.

[Baca berita penuh]