Mangsa banjir Pasir Mas meningkat 6,009 orang
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat di satu-satunya jajahan yang masih lagi terkesan dengan bencana itu iaitu Pasir Mas, apabila mencatatkan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 4,631 orang daripada 1,508 keluarga petang tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.
Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 mangsa daripada 296 keluarga, SK Sri Rantau Panjang (2) (1,881 mangsa daripada 629 keluarga), SK Gual To’Deh (813 mangsa daripada 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga).
Sebanyak 210 mangsa daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin (131 mangsa daripada 55 keluarga), SK Sri Kiambang (345 mangsa daripada 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 mangsa daripada 22 keluarga).
Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 mangsa daripada 70 keluarga, SK Lati (223 mangsa daripada 62 keluarga), SMK Baroh Pial (710 mangsa daripada 260 keluarga), SK Gual Periok (269 mangsa daripada 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 mangsa daripada 12 keluarga).
Sementara itu, berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan paras bahaya iaitu 9.64 meter (m), manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada dengan bacaan 2.24 m.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai