Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Saman tukang emas Lubnan pada Rosmah jalani perbicaraan penuh

Global Royalty Trading SAL (Global Royalty) gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan penghakiman ringkas (keputusan tanpa perbicaraan penuh) dalam tuntutan mereka - bernilai RM67.46 juta - terhadap Rosmah Mansor.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini juga memerintahkan tukang emas Lubnan terbabit membayar cagaran RM75,000 bagi kos kepada isteri Najib Razak berkenaan.

Ketika dihubungi media, peguam kedua-dua pihak mengesahkan keputusan mahkamah sivil pagi ini.

Peguam Rosmah, Rajivan Nambiar, berkata mahkamah memutuskan bahawa kes itu mempunyai isu yang perlu dibicarakan melalui perbicaraan penuh, justeru, penghakiman ringkas adalah tidak sesuai.

Tambahnya, mahkamah juga membenarkan permohonan pihak Rosmah untuk mendapatkan kos keselamatan sebanyak RM75,000.

Rajivan berkata ia adalah dengan kebebasan memohon untuk mengubah jumlah sebelum perbicaraan sebaik sahaja pihak yang terbabit bertukar dokumen atau sekiranya pakar akan dipanggil.

"Kos RM75,000 akan dibayar oleh Global Royalty ke mahkamah sebulan dari hari ini," kata Rajivan.

Perintah untuk keselamatan kos melindungi pihak tertentu - seperti defendan dan dalam kes ini, Rosmah - daripada risiko bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan dan diberikan kos, tetapi kemudian tidak dapat menguatkuasakan perintah ke atas pihak lain (yang kalah), sama ada dalam tempoh bidang kuasa atau di luar negara.

Peguam Global Royalty, David Gurupatham, turut mengesahkan keputusan mahkamah hari ini.

Pada April, Global Royalty memfailkan semula tindakan sivil bernilai RM67.46 juta terhadap Rosmah berhubung dakwaan bahawa barang kemas itu dihantar kepada defendan untuk tujuan tontonan.

Pada 2019, firma itu memfailkan saman untuk 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta (hampir RM60 juta) tetapi menarik balik saman itu kemudian, dengan firma itu telah dipulangkan salah satu barang berkenaan.

Tindakan sivil sekarang hanya lebih 43 keping barang kemas, kerana pihak berkuasa Malaysia memulangkan salah satu barang kemas kepada Global Royalty.

Pada pertengahan 2018 selepas keputusan PRU ke-14, polis menyerbu kondominium tempat Najib dan Rosmah tinggal di Pavilion, Kuala Lumpur, dan mengambil sejumlah barang termasuk barang kemas.

[Baca berita asal]