Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

'MP perlu pertimbang pinda Perlembagaan Persekutuan'

Seorang peguam yang mewakili majlis agama Islam Kelantan mencadangkan supaya ahli parlimen mempertimbangkan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen negeri itu.

Yusfarizal Yussoff, yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, berkata demikian berdasarkan hipotesis bahawa mahkamah tertinggi negara itu memihak kepada cabaran tersebut.

Peguam itu berkata bahawa kebimbangan rakyat perlu diambil kira oleh wakil rakyat sekiranya mahkamah tertinggi negara memihak kepada pempetisyen.

“Jika buntu (keputusan Mahkamah Persekutuan memihak pempetisyen), maka kita perlu jika perlu meminda Perlembagaan (Persekutuan).

“(Sekiranya timbul situasi hipotesis) kita perlu meminda Perlembagaan kerana kita perlu mendengar suara rakyat,” kata Yusfarizal.

Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Mereka mahu mengisytiharkan peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.

Antaranya, termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).

[Baca berita penuh]