Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

MIC ambil 'tindakan selanjutnya' jika tak diiktiraf kerajaan - Saravanan

MIC tidak akan meminta sebarang jawatan dalam kerajaan sebaliknya mahu pengiktirafan diberikan terhadap parti itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presidennya, M Saravanan.

Berucap di Mesyuarat Agung Tahunan ke-77 parti itu hari ini, Saravan berkata MIC tidak akan teragak-agak 'untuk mengambil tindakan selanjutnya' sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.

"Kita menyokong kerajaan hari ini atas titah Yang di-Pertua Agong. Kita sangat jelas bahawa tak akan meminta jawatan dalam kerajaan, tapi kita nak pengiktirafan.

"Sekiranya gagal maka MIC akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya di hadapan lebih 1,500 perwakilan MIC di Maeps, Serdang, hari ini.

Saravanan berkata demikian ketika menjawab soalan seorang wakil ketika sesi perbahasaan peang ini.

Bagaimanapun, bekas menteri Sumber Manusia itu tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai 'pengiktirafan' dan tindakan selanjutnya'.

Terdahulu, ketua MIC bahagian Puchong Awathar Singh berkata MIC perlu mengambil pendirian mengenai masa depan parti itu.

Menurutnya, kerajaan hari ini khususnya di bawah pentadbiran PH hanya mempergunakan MIC semasa pemilihan dan tidak "mengiktirafnya" selepas itu.

"Ketika PM datang ke ibu pejabat MIC pada Ogos ini, ketika hadir dia meminta setahun untuk menunaikan permintaan anggota parti.

"Tapi kita tak pasti, permintaan selama setahun itu bermula Ogos atau sejak Nov tahun lepas (Anwar angkat sumpah selaku PM). Jadi, saya minta anggota parti bersabar.

"Kita tak akan menjual parti kepada sesiapa. Jika tak ada pengiktirafan yang sepatutnya, maka pucuk pimpinan parti akan umumkan tindakan selanjutnya," katanya.