Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Puluhan terperangkap terowong runtuh di India

Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India pada Ahad.

Sebahagian daripada terowong sepanjang 4.5 kilometer (km) itu runtuh pada awal pagi, memerangkap kira-kira 40 orang, lapor media tempatan.

Usaha menyelamat sedang dijalankan.

Terowong itu merupakan sebahagian daripada projek lebuh raya untuk mengurangkan jarak perjalanan antara Uttarkashi dan Yamunotri.

- Bernama