Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Peguam fail permohonan batalkan bidaan SPRM

Peguam dari firma yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu memfailkan permohonan agar mahkamah mengetepikan cubaan agensi antirasuah berkenaan mendapatkan dokumen sulit berkenaan penyelesaian bon 1MDB dengan kerajaan Malaysia membabitkan anak guamnya.

Rosli Dahlan memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas dengan alasan - antara lain - tindakan diambil SPRM itu melebihi bidang kuasa mereka

Susulan serbuan pada 6 Okt lepas, SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksa firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) menyerahkan beberapa dokumen berkaitan penyelesaian yang dimeterai antara Goldman dan kerajaan mengenai terbitan bon 1MDB.

Menurut kertas kausa Rosli untuk menyokong permohonan tersebut Rosli mendakwa tindakan SPRM menyalahgunakan proses mahkamah kerana ia mengandungi kecacatan material, prosedur dan substantif yang menyebabkan ia tidak di sisi undang-undang.

Rosli juga berhujah, bidaan SPRM didorong oleh niat jahat kerana menamakan dia sebagai salah seorang daripada dua responden kerana tiada satu pun dokumen yang diminta oleh agensi itu berkaitan dengan dirinya.

Untuk rekod satu lagi responden yang dinamakan SPRM ialah RDS.

Menurut undang-undang, jika permohonan itu diterima mahkamah bermakna permohonan yang disasarkan SPRM tidak lagi akan tertakluk kepada pendengaran penuh oleh mahkamah.

Permohonan pembatalan dibuat Rosli ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

[Baca berita asal]