Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Penyiasat kes 1MDB setuju Najib tak beli kapal mewah

KES 1MDB | Seorang pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram 1MDB setuju dengan pasukan pembelaan Najib Razak bahawa bekas perdana menteri itu membayar jutaan ringgit daripada dana yang sah kepada individu dan entiti politik.

Saksi pendakwaan ke-48 Foo Wei Min bersetuju dengan peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah bahawa dana sah daripada akaun bekas menteri kewangan itu juga tidak pernah digunakan untuk membeli kapal mewah.

Foo menjawab soalan semasa pemeriksaan balas oleh Shafee dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB bernilai RM2.27 bilion terhadap Najib, yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat syarikat pelaburan Malaysia.

Shafee menyoalnya mengenai baki sah yang tinggal di dalam akaun bank Najib, berikutan RM2.27 bilion ringgit dana 1MDB yang didakwa mengalir masuk dan keluar dari akaunnya antara 2011 dan 2014.

Shafee: Ini penting, baki wang sah selepas membelanjakan sedikit. Adakah anda setuju bahawa dia berbelanja banyak untuk tujuan politik dan kebajikan, membayar kepada Umno Batu Kawan, Umno Pulau Pinang di sana sini, dan pelbagai perbelanjaan yang dia buat untuk kebajikan CSR (tanggungjawab sosial korporat)?

Foo: Ya.

Shafee: Anda selesai mengesan mengapa individu dan entiti politik dibayar?

Foo: Ya.

Shafee: Ia kembali kepada tujuan politik. Tidak ada perbelanjaan untuk diri sendiri, contohnya dia pergi dan membeli kapal layar?

Foo: Tidak.

[Baca berita penuh]