Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Didakwa suka hantaran Gal Gadot: Shahidan usul Puah dirujuk ke JK Parlimen

PARLIMEN | Shahidan Kassim (PN-Arau) memfailkan usul meminta Jimmy Puah (PH-Tebrau) dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa menyukai hantaran pelakon Israel Gal Gadot di media sosial.

"Rujuk Tebrau jawatankuasa hak dan kebebasan, nafi kenyataan dia soal Gal Gadot.

“Apakah tempoh masa saya perlu tunggu," soal pemimpin dari Perlis itu.

Pada 30 Okt, Shahidan menuduh ahli parlimen PKR itu sebagai penyokong Israel.

Shahidan Kassim dan Jimmy Puah.

Gal Gadot ialah bekas ratu cantik kemudian mencipta nama sebagai bintang Hollywood.

Dia dinobatkan sebagai Miss Israel 2004 dan mencapai kemasyhuran di seluruh dunia kerana melakonkan watak Wonder Woman dalam francais filem DC.

Mengulas usul Shahidan, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) turut mengemukakan permohonannya untuk merujuk Shahidan dan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim ke jawatankuasa yang sama kerana mengaitkannya dengan Israel.

Khoo (gambar, bawah) berkata dia juga mahu tahu keputusan speaker mengenai perkara itu.

"Saya rujuk Pendang dan Arau ke jawatankuasa hak dan kebebasan.

"Mesyuarat 18 Oktober, (ahli parlimen) Pendang dakwa saya Zionis.

"(Ahli parlimen) Arau tuduh saya sebagai Yahudi. 'Ini Yahudi punya...' Dia tak tarik balik," kata Khoo.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dalam memberi maklum balasnya berkata keputusan akan dibuat dalam masa dua atau tiga hari lagi.