Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Peguam Najib positif Covid-19, perbicaraan 1MDB Najib ditangguhkan

Seorang peguam Najib Razak disahkan positif Covid-19 semalam, dan ini menyebabkan perbicaraan rasuah 1MDB bekas perdana menteri membabitkan penyelwengan RM2.27 bilion itu ditangguhkan sehingga esok.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan penangguhan oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata penangguhan itu diperlukan kerana peguam Umi Nafesah Mohd Noor disahkan positif Covid-19 semalam, dan dia sebelum ini menyertai mesyuarat bersama seluruh pasukan peguam Najib yang lain, termasuk dirinya.

Peguam veteran itu mendakwa bahawa sebelum ini, ibu Umi yang disahkan positif Covid-19, dan keadaan itu dirumitkan lagi dengan seorang lagi peguam Najib, Genevieve Bridie Vannisingham, pula disahkan positif Covid-19 pada Khamis minggu lalu.

Menurutnya, Najib positif Covid-19 awal minggu lalu, dan dia masih belum sembuh 100 peratus pagi ini walaupun didapati negatif sekarang.

[Baca berita penuh]