Akta hasutan: Menteri bidas dakwaan kerajaan 'double standard'
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membidas dakwaan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mendakwa kerajaan mengamalkan 'double standard' dalam melaksanakan undang-undang Akta Hasutan 1948.
Takiyuddin bertanyakan kepada Saifuddin ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dia mendakwa akta hasutan mempunyai kelompongan yang boleh dieksploitasi oleh pihak berkepentingan dan menyoal adakah kerajaan sedia untuk memansuhkannya.
"Sebagai pengamal undang-undang, kita melihat terdapat loophole yang boleh disalah guna terutamanya pihak kerajaan terhadap pihak yang bercanggah kepentingan dengan kerajaan.
"Adakah kerajaan ada niat (intention) supaya akta ini tidak boleh disalahgunakan mana-mana pihak penguatkuasa," soal Takiyuddin di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin kemudian bertanya Takiyuddin adakah dia membuat perkara sama iaitu menggubal atau memansuhkan akta hasutan ketika menjadi menteri undang-undang pada era Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.
Takiyuddin menjawab pihaknya ada berniat berbuat demikian tetapi tidak sempat melaksanakan pindaan tersebut.
Sejurus itu, pertengkaran kecil berlaku antara Takyuddin dengan menteri dalam negeri.
Saifuddin kemudian memetik beberapa contoh kenyataan pemimpin pembangkang ketika berceramah dan memberi khutbah di Pulau Pinang yang dikatakan berbaur hasutan.
"Bila berlaku pertembungan, perbezaan politik dikatakan perbezaan akidah, yang itu jadi masalah.
"Jadi (perkara) ini, kena ada batasan undang-undang untuk mengawalnya," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai