Afnan ketua pemuda PAS baru
Dikemas kini dengan maklumat tambahan.
Anggota Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai ketua Pemuda PAS baru bagi penggal 2023-25.
Afnan menang tanpa bertanding selepas tiada pencalonan lain bagi merebut jawatan terbabit.
Afnan mengantikan anggota parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahan jawatan itu selepas sepenggal menerajui sayap kanan PAS berkenaan.
Keputusan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS ke-69 Ab Halim Tamuri.
Sementara itu, Adun Manjoi Hafez Sabri dipilih sebagai timbalan ketua pemuda, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin dipilih sebagai naib ketua.
Kedua-dua mereka juga menang tanpa bertanding.
Jawatan timbalan dan naib ketua pemuda PAS sebelum ini di sandang Afnan dan Hanafi Zulkapli.
Pertandingan sayap permuda hanya membabitkan jawatan AJK bagi merebut 12 tempat dengan menyaksikan 15 calon bertanding.
Daripada 12 senarai AJK Pemuda PAS empat daripadanya muka baru.
Antara muka baru yang menganggotai AJK Pemuda PAS bagi ini adalah Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa dan exco Pemuda PAS Terengganu Yusof Abdul Hadi yang juga anak kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Mereka yang dipilih adalah:
Khairul Nadzir Helmi Azhar
Abdul Malik Ab Razak
Wan Abu Bakar Wan Mahussin
Muhd Khidhir Izaidin
Yusof Abdul Hadi
Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir
Mohd Harun Esa
Muhammad Faizuddin Mohd Zai
Mohd Aizat Zakaria
Muhammad Abdul Malik Abdul Karim
Hendri Hamshah
Muhammad Afiq Mazlan
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai