Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Mahkamah tolak permohonan buang status agama, pelajar kekal Islam

Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan seorang wanita untuk membuang status Islam dalam kad pengenalan anaknya yang berumur 17 tahun.

Peguam keluarga itu Clarice Chan memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah membuat keputusan itu hari ini.

Pelajar dari Sabah yang menetap di Sarawak itu dalam pertanyaan afidavitnya sebelum ini berkata dia mahu memilih identiti sebagai seorang bukan Islam.

Katanya, dia tidak pernah mengamalkan ajaran agama lain selain Buddha, seperti ibunya, walaupun bapanya beragama Islam.

[Baca berita asal]