319 anggota, pegawai polis S'gor kena tindakan tatatertib
Seramai 319 pegawai dan anggota polis di Selangor telah dikenakan tindakan tatertib disebabkan pelbagai kesalahan antara Januari dan September tahun ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara kesalahan dilakukan adalah yang berkaitan tindakan melanggar integriti, kesalahan berkaitan tadbir urus, rasuah, jenayah, jenayah syariah dan dadah.
"Saya tidak akan berkompromi dan melindungi kesalahan atau jenayah yang dilakukan mereka (anggota), walaupun angka itu sangat kecil berbanding kekuatan anggota di negeri ini seramai 15,000 orang, kita tidak akan ambil mudah mengenai kesalahan ini.
"Selain itu (dalam tempoh Januari hingga September lepas) 45 anggota dan dua pegawai kanan polis telah dituduh di mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, di Pelabuhan Klang, hari ini.
Sementara itu Hussein berkata indeks jenayah di Selangor meningkat enam peratus berbanding tahun lepas, namun ia tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan oleh pihaknya.
“Ada peningkatan ekoran peningkatan aktiviti ekonomi selepas pandemik Covid-19 dan sebagainya, polis akan mengambil tindakan yang lebih agresif dalam mengekang aktiviti jenayah,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai