PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya menawarkan bantuan itu meskipun yakin GPS mempunyai kekuatan jentera sendiri untuk memenangi PRK itu.
“Jika kita diminta, kita akan bantu.
“Kita yakin GPS mempunyai jentera mencukupi untuk memenangi semula kerusi Jepak,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta exco luar bandar di Kuching hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 Nov depan manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Okt.
PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai