Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

KDN kaji tahanan rumah, tangguh hukuman ibu hamil

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kementeriannya sedang meneliti secara serius terhadap pelaksanaan tahanan rumah dan penangguhan hukuman dalam kes-kes tententu.

Saifuddin, antaranya memberi contoh pelaksanaan perintah itu kepada suspek atau pesalah wanita yang hamil.

"Bayangkan satu senario atau satu keadaan.

“Seorang wanita ketika ditangkap atau dia dijatuhi hukuman atas apapun kesalahan adalah merupakan seorang wanita yang sedang hamil.

"Kerana hukumannya itu, dia mesti ditempatkan di penjara.

“Kalau kita boleh adakan tahanan rumah, fizikal ibu hamil ini patut berada di luar, menjaga kandungannya," katanya memberitahu Dewan Rakyat.

Menjelaskan lanjut, menteri dalam negeri berkata wanita hamil berkenaan akan dipakaikan peranti pemantauan elektronik (EMD).

"Pilihan lain kalau kita tidak teroka inisiatif tahanan rumah, ibu hamil itu akan menjadi penghuni Sungai Buloh, Kajang, Seremban atau Pulau Pinang dan sebagainya," katanya lagi.