CIQ BSI sesak: Johor saran laluan kontra - MB
Kerajaan Johor menyarankan agar laluan kontra diaktifkan, khusus bagi pengembara yang menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu bagi membantu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara, bagi laluan darat antara Malaysia dan Singapura.
“Dijangka dry run laluan kontra di dewan penumpang, akan dilakukan bermula minggu hadapan bagi melancarkan pergerakan masuk ke negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam tadi.
Onn Hafiz berkata Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), juga diminta untuk terus memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan masuk ke negara ini.
Beliau berkata kerajaan negeri, sentiasa memberikan perhatian berhubung isu kesesakan agar pergerakan keluar masuk di sempadan, menerusi Johor yang melibatkan ratusan ribu pengguna lebih selesa khususnya musim cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai