Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pertimbang pendekatan meritokrasi - Syed Husin

Untuk betul-betul maju, Malaysia harus mempertimbangkan pendekatan meritokrasi, berbanding kualiti lain seperti perhubungan atau kaum, kata bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali.

“Di Malaysia selama ini, siapa kamu kenal dan bukan apa yang kamu tahu menentukan kejayaan seseorang. 

“Kita mesti hentikan perkara ini,” kata bekas senator itu dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Syed Husin berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan isu penghijrahan cerdik pandai tempatan ke luar negara.

“Jika kamu mahu bersaing di peringkat global, kamu harus ada ekonomi berasaskan pengetahuan tetapi bakat kita ini telah hilang untuk beberapa generasi. 

“Kita mesti ambil kira jika kita mahu membawa mereka pulang, bolehkah kita tawarkan mereka gaji yang tinggi kerana gaji kini rendah berbanding  Singapura, Australia, atau Amerika?

“Kedua, pengiktirafan terhadap keupayaan masih tidak cukup. 

“Jika usahawan atau orang yang kreatif merasakan kita ada persekitaran dan ekosistem yang salah, mereka akan pergi ke tempat lain,” katanya.

Baru-baru ini, bekas menteri Khairy Jamaluddin mendakwa penghijrahan cerdik pandai ke luar negara bukan hanya disebabkan oleh faktor gaji yang lebih tinggi.

Khairy Jamaluddin

Sebaliknya, katanya, terdapart kalangan mereka yang berasa dilayan seperti warganegara kelas kedua, terutamanya bukan bumiputera.

Bagaimanapun, bagi Syed Husin, idea pemberian dua kerakyatan bukan penyelesaiannya.

“Saya tidak fikir kita patut ada sistem dua kerakyatan. Ia harus ya atau tidak saja. 

“Jika mereka pilih ke luar negara, biarlah. Saya tidak fikir negara ini patut bergantung kepada pihak yang tidak memberikan komitmen sepenuhnya.

“Apa yang kita patut buat ialah menyediakan persekitaran lebih baik jadi cukup orang yang mahu pulang dan berjasa untuk negara,” katanya.

[Baca berita asal]