Polis Thai tahan empat individu disyaki jual pistol, peluru pada suspek
Polis Thailand menahan empat individu termasuk seorang bapa dan anak lelaki yang disyaki menjual pistol yang diubah suai dan peluru kepada seorang remaja lelaki yang mengamuk di Siam Paragon Mall di Bangkok, hingga mengakibatkan dua orang maut manakala lima yang lain cedera.
Bangkok Post melaporkan bahawa Polis Wilayah 9 menahan dua lelaki berusia 45 dan 22 tahun di wilayah selatan Yala pada 1 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.
"Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Bangkok untuk disoal siasat," katanya.
Sementara itu, media Thailand melaporkan dua lagi lelaki berusia 31 dan 41 tahun ditahan di Bangkok.
Lelaki berusia 31 tahun itu dilaporkan menjual dan menghantar peluru kepada remaja terbabit.
Polis merampas senjata api haram, peralatan pengubahsuaian senjata api dan peralatan siaran langsung di rumah lelaki berusia 41 tahun itu.
Remaja berusia 14 tahun itu menghadapi lima pertuduhan termasuk pembunuhan terancang dan memiliki senjata api secara haram pada Rabu.
Media Thailand melaporkan siasatan polis mendapati remaja itu membeli pistol yang diubah suai dalam talian dengan harga 16,000 baht dan beberapa butir peluru berharga 1,000 baht.
Pada masa ini, dia sedang menjalani ujian psikiatri untuk menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan.
Remaja itu mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, didakwa menembak mati seorang warga China dan Myanmar serta mencederakan lima yang lain di dalam Siam Paragon Mall pada 4:20 petang Selasa.
Mangsa yang cedera terdiri daripada seorang warga Laos, seorang warga China dan tiga warga Thailand.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai