Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Tukar agama sepihak: Hakim Mahkamah Keluarga temu bual 3 anak Loh

Mahkamah Keluarga Sivil akan menemu bual tiga anak ibu tunggal Loh Siew Hong berhubung penukaran agama secara sepihak petang ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hayatul Akmal Abdul Aziz memaklumkan peguam Loh serta suaminya Muhammad Nagahswaean Muniandy dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips).

Hari ini ditetapkan bagi mendengar permohonan Maips untuk mengubah perintah hak penjagaan yang diberikan kepada Loh supaya badan agama Islam negeri Perlis itu dapat memberikan pendidikan Islam kepada kanak-kanak itu - kembar perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Pihak-pihak berkenaan terlibat dalam pertikaian melibatkan undang-undang sama ada kanak-kanak itu mahu kekal dalam Islam atau kembali kepada kepercayaan asal mereka yang bukan Islam.

"Adalah lebih baik saya temu bual anak-anak. Adakah mereka di sini?," soal Hayatul kepada J Gunamalar, Malcom Fernandez, dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang masing-masing peguam mewakili Loh, Muhammad dan Maips.

Gunamalar kemudian memaklumkan bahawa kanak-kanak itu berada di sekolah pagi ini.

"Boleh awak bawa anak-anak ini berjumpa saya untuk temu bual petang ini," kata Hayatul, yang kemudian dijawab oleh Gunamalar bahawa perkara itu boleh diatur.

Tiga beranak itu kini berada di bawah jagaan Loh, yang hadir di Mahkamah Sivil Keluarga.

Pada 15 Jun tahun lalu, Mahkamah Sivil Keluarga menolak permohonan Maips sebagai pencelah dalam kes hak penjagaan membabitkan tiga kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, pada 7 Feb, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Maips sebagai pencelah dalam kes hak penjagaan berkenaan supaya badan agama Islam negeri itu mempunyai kedudukan undang-undang untuk memohon mengubah syarat perintah hak penjagaan ketiga-tiga kanak-kanak terbabit kepada Loh.

[Berita penuh menyusul]