MB: K'jaan tak terjejas tapi rakyat terkesan jika PN menang di Pelangai
PRK PELANGAI | Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri tidak terkesan jika PN menang dalam PRK Pelangai.
Namun, kata Wan Rosdy, ia boleh memberi kesan kepada penduduk di DUN itu kerana "memilih wakil (rakyat) yang salah".
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang kerajaan negeri akan berdepan tekanan jika PN menang satu lagi kerusi di DUN Pahang.
"Itu dia cakaplah. Sebenarnya kerajaan Pahang setakat ini dapat diuruskan dengan baik, tiada kesan pun.
"Ia tak beri kesan kepada kerajaan negeri, tapi mungkin beri kesan kepada penduduk di sini (Pelangai) kerana mereka memilih wakil yang salah," katanya.
Ketika ini BN dan PN masing-masing memengang 17 kerusi DUN. BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri selepas bekerjasama dengan PH yang menang lapan kerusi dalam PRU lalu.
Wan Rosdy juga mendakwa Adun pembangkang Pahang tidak menunjukkan pencapaian yang baik dalam soal membantu rakyat.
Masalahnya wakil yang mereka pilih tak beri pertolongan dengan alasan pembangkang tiada peruntukan.
"Mana boleh. Apabila kita bertanding, kita menawarkan diri jadi wakil rakyat untuk membantu rakyat. Tak kira pembangkang atau kerajaan, kita tolonglah rakyat.
"Kalau tak bersedia jadi pembangkang, jangan bertanding," katanya lagi.
Naib presiden Umno itu turut menepis dakwaan Tuan Ibrahim bahawa Felda tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat BN.
Katanya, ia dapat dilihat dalam keputusan PRU lalu di mana BN menang di Pelangai dan Jelai - iaitu kerusinya sendiri - yang ada kawasan Felda.
Berita berkaitan: 'Bukti' Islam tak terancam, MB bangkit enakmen tangani murtad di Pahang
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai