Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Mahkamah Rayuan kembalikan pengharaman buku Gay is Okay

Mahkamah Rayuan hari ini mengembalikan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas buku Gay is Okay: A Christian Perspective.

Panel tiga hakim yang bersidang membuat keputusan 2-1 dalam rayuan yang dikemukakan kerajaan itu.

Hakim Azizah Nawawi - yang mempengerusikan panel tersebut - bersama Wong Kian Kheong menerima permohonan kerajaan, manakala M Gunalan berpendapat sebaliknya.

Terdahulu kerajaan mengemukakan rayuan bagi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Feb tahun lalu yang membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat pengarang buku tersebut.

Dalam permohonannya penulis Ngeo Boon Lin bersama penerbit Gerakbudaya Enterprise meminta agar larangan KDN dibatalkan supaya buku terbabit boleh dijual dan diedarkan di seluruh negara.

Ketika membacakan keputusan majoriti, Wong berkata menteri dalam negeri mematuhi sepenuhnya prosedur semasa mengenakan larangan ke atas buku itu mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Katanya menteri secara munasabah berpuas hati mendapati bahawa kandungan buku itu berisiko memudaratkan ketenteraman awam.

Korum majoriti hari ini juga melihat tajuk dan kandungan buku itu dan berpuas hati ua memberi mesej secara umum bahawa hubungan sejenis adalah tidak dilarang oleh Kristian.

Semasa prosiding hari ini, pasukan peguam kerajaan berhujah, pengharaman ke atas buku itu dibuat selaras dengan undang-undang.

[Baca berita penuh]