Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Amizar calon BN di Pelangai

Amizar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) bagi dewan undangan negeri (DUN) Pelangai.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis pengumuman calon BN di Dewan Majlis Daerah Bentong, sebentar tadi.

Amizar sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN Ketari pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.

DUN Pelangai mempunyai 16,456 pengundi.

PRK itu diadakan berikutan kematian Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas berhampiran bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini, manakala 7 Okt sebagai hari pengundian.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat, calon PH, Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang, Isa Ahmad.