Isu agama remaja: JPN mohon masa, mahkamah tangguh
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memerlukan lebih masa untuk menyediakan afidavit dan hujahan bertulis untuk berdepan tindakan undang-undang seorang remaja yang mahu membuang satus Islamnya pada dokumen pengenalan diri.
Mahkamah Tinggi Kuching justeru menangguhkan pendengaran awal kes itu.
Ibu kepada remaja 17 tahun itu memohon untuk meminda butiran agama pada dokumen pengenalan diri anaknya.
Malaysiakini minggu lepas melaporkan afidavit remaja itu antaranya menyebut dia mengamalkan ajaran Buddha dan tidak mengamalkan Islam walaupun bapanya seorang Islam.
Orang tuanya telah bercerai dan remaja itu dibesarkan oleh ibunya yang bukan beragama Islam.
Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mengesahkan bahawa mahkamah membenarkan penangguhan itu.
Peguam kepada ibu remaja itu, Clarice Chan juga mengesahkan Hakim Rose Pandin membenarkan perkara itu.
Pendengaran seterusnya ditetapkan pada 11 Oktober, katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai