Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kes telur: 'Saya cuma persoal janji tender terbuka kerajaan'

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali menafikan dia memfitnah syarikat pengimport telur J&E Advance Tech Sdn Bhd.

Sebaliknya, kata bekas menteri Perikatan Nasional (PN) itu, dia cuma mempersoal janji pentadbiran kerajaan supaya melaksanakan tender terbuka dalam perolehan kerajaan.

Katanya, ia sesuai dengan peranannya sebagai ketua penerangan PN serta pembangkang dalam kerajaan dan parlimen.

“Defendan memplidkan bahawa ucapan tersebut hanya setakat mempersoalkan dasar-dasar serta janji-janji kerajaan Malaysia dan bukannya bertujuan memfitnah mana-mana pihak,” kata Azmin.

Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang itu berkata demikian dalam pernyataan pembelaan yang dilihat oleh Malaysiakini.

J&E Advance Tech mengheret Azmin ke mahkamah susulan ucapannya di Kuala Lumpur pada 11 Mac.

Azmin antaranya mendakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan memperoleh kontrak itu melalui cara rundingan terus.

Kerajaan meluluskan import telur daripada India dari Januari ke Jun tahun ini susulan kekurangan telur ayam tempatan.

[Baca berita asal]