BRICS beri jaminan pembangunan berkualiti tinggi
Enam buah negara iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Argentina, Iran dan Ethiopia kini secara rasminya merupakan ahli rasmi BRICS, memetik pengumuman yang dibuat dalam sidang media selepas pertemuan ke-15 pemimpin negara-negara BRICS di Johannesburg, pada Khamis.
Pertambahan jumlah anggota BRICS merupakan antara pencapaian penting dalam sidang kemuncak BRICS kali ini, selain turut memperlihatkan keazaman negara BRICS untuk bersatu-padu dan bekerjasama dengan negara-negara membangun.
Memiliki kelebihan perindustrian yang tersendiri, kesemua enam buah negara anggota baharu BRICS dilihat saling melengkapi.
Justeru, struktur perindustrian BRICS kini menjadi lebih lengkap dalam bidang perkilangan, bahan bijirin, sumber tenaga dan perkhidmatan, sementara potensi kerjasama BRICS akan turut lebih berdinamik.
Pada sidang kemuncak itu, Presiden China Xi Jinping turut memberi beberapa penekanan yang perlu dilakukan oleh negara anggota BRICS.
Antara penekanan itu, termasuk mengintensifkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan kewangan bagi menjamin pertumbuhan ekonomi, memperluas kerjasama keselamatan politik, melindungi keamanan dan ketenteraman, meningkatkan interaksi sosiobudaya, mendorong saling belajar sesama tamadun, mengekalkan keadilan serta menyempurnakan pentadbiran global.
Sebagai wakil pasaran baharu, BRICS aktif berusaha membentuk 'hubungan rakan berkualiti tinggi', iaitu kerjasama yang bukan sahaja dapat menghadapi cabaran pemulihan ekonomi global, malah seiring dengan trend pembangunan zaman dan sains teknologi.
Dengan pertambahan jumlah anggota, ia dianggap sebagai titik permulaan baharu untuk kerjasama negara anggota BRICS terus berkembang pesat.
Ia secara tidak langsung bertepatan dengan petikan ucapan Presiden Xi dalam dialog pemimpin BRICS+ yang menyatakan bahawa tiada negara yang akan ketinggalan dalam proses modenisasi dunia.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai