Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Permohonan Arul Kanda, Irwan Serigar batalkan saman 1MDB ditolak

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dan bekas pengerusinya, Mohd Irwan Serigar Abdullah, hari ini gagal membatalkan saman yang dibuat syarikat pelaburan milik kerajaan itu ke atas mereka.

Mahkamah sivil petang ini menolak permohonan kedua-dua defendan terbabit untuk membatalkan tuntutan berkenaan tanpa tertakluk kepada perbicaraan penuh.

Pesuruhjaya Kehakiman Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan, perkara itu tidak memdai untuk diselesaikan hanya dengan pertukaran afidavit berhubung kerugian 1MDB akibat penyelewengan syarikat bermasalah itu.

Raja Ahmad berkata perbicaraan penuh diperlukan agar penghujahan semua pihak yang terbabit dalam tuntutan tersebut didengar, justeru ia tidak boleh diselesaikan secara ringkas.

Arul Kanda Kandasamy

"Saya perlu mendengar saksi daripada kedua-dua pihak. Saya mengekalkan status quo semua pihak dan agar perkara itu diteruskan untuk perbicaraan penuh.

“Ini bukan perkara yang jelas untuk diketepikan sebaliknya memerlukan mahkamah ini menyiasat melalui perbicaraan penuh.

"Keadilan tetap akan datang kepada pihak yang berhak, dan ia hanya memerlukan perjalanan yang lebih panjang untuk mencapai keadilan," kata Raja Ahmad.

Peguam Lim Chee Wee dan Brendan Siva bertindak sebagai wakil untuk 1MDB.

Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman sivil terhadap Arul Kanda dan Irwan Serigar atas dakwaan pecah amanah dan konspirasi yang menyebabkan syarikat pelaburan itu mengalami kerugian berjumlah AS$1.83 bilion.

Melalui tuntutan mahkamah itu, 1MDB meminta Arul Kanda dan Irwan Serigar membayar AS$6.59 bilion kerana didakwa melakukan pecah amanah.

Irwan Serigar juga diminta membayar RM2.9 juta berhubung perjanjian pelanjutan pekerjaan.

[Baca berita penuh]