Jasmine tak kendalikan kes 1MDB ketika dalam firma guaman hakim - DPP
Pihak pendakwaan berkata Jasmine Loo tidak mengendalikan sebarang kes berkaitan 1MDB ketika dia menjadi rakan kongsi hakim, Collin Lawrence Sequerah di sebuah firma guaman sekitar 15 tahun lalu.
Timbalan pendakwa raya Kamal Baharin Omar memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Loo hanya mempunyai kaitan dengan 1MDB pada 2011, kira-kira tiga tahun selepas dia meninggalkan firma guaman Zain & Co.
"Jasmine Loo meninggalkan (Zain & Co) pada 2008 manakala Yang Arif (Sequerah) meninggalkan Zain & Co pada 2014 kerana dinaikkan pangkat sebagai hakim, jadi terdapat jurang ( masa)," kata pendakwa.
Pihak pendakwa juga berkata tiada bukti bahawa Loo mengendalikan apa-apa perkara berkaitan 1MDB semasa itu.
Kamal berhujah demikian ketika pendengaran permohonan Najib Razak untuk menggugurkan Sequerah daripada menghakimi perbicaraan terhadap bekas perdana menteri itu berkaitan 1MDB.
Ia susulan pendedahan Sequerah bahawa dia pernah menjadi rakan kongsi firma guaman dengan Loo yang dikaitkan dengan 1MDB.
Loo menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia bulan lalu selepas melarikan diri selama beberapa tahun.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai