Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

'Ada tanggapan hakim terlibat dalam lantikan Loo sebagai rakan kongsi'

Terdapat tanggapan bahawa hakim kes 1MDB Collin Lawrence Sequerah ketika menjadi peguam terlibat dalam pelantikan Jasmine Loo sebagai rakan kongsi syarikatnya, kata pasukan peguam Najib Razak.

Oleh itu, kata peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah berkata, terdapat risiko “penilaian awal” oleh Sequerah yang menjadi rakan kongsi Zain & Co pada 2001.

Shafee berkata, andaian itu wajar dibuat memandangkan Sequerah dilantik ke jawatan sama tiga tahun lebih awal, iaitu pada 1 Januari 2001.

Jasmine Loo

Shafee juga berkata, musabah bagi tertuduh untuk melihat bahawa hakim berada dalam kedudukan untuk meneliti dan bekerjasama dengan Loo secara dekat selama bertahun-tahun.

Oleh itu, kata Shafee, hakim mungkin secara tidak sengaja mempunyai penilaian awal yang boleh menghalangnya daripada bertindak secara bebas dan adil apabila dia memberikan keterangan kepada mahkamah.

Mahkamah hari ini mendengar permohonan Najib untuk menukar hakim dalam perbicaraan kes melibatkan dana RM2.28 billion syarikat pelaburan negara 1MDB.

Najib berdepan empat perbicaraans alah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat Kementerian Kewangan, 1MDB.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada tahun 2011, 2013 dan 2014 di AmIslamic Bank Bhd di  Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]