Agong berangkat ziarah Sultan Selangor di London
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di London, United Kingdom, pada Sabtu.
Istana Negara menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama Sultan Selangor dalam kunjungan itu.
“Yang di-Pertuan Agong mendoakan agar Sultan Sharafuddin dikurniakan kesembuhan segera dan kesejahteraan serta keafiatan yang berpanjangan,” menurut hantaran itu.
Sultan Selangor berada di London sejak 28 Julai lepas bagi menjalani rawatan serta pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP), dan dijangka berangkat pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London bagi lawatan khas hingga 15 Ogos.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai