Meski sibuk, Anwar akan temui menteri luar China di Kedah atau P Pinang
Menteri Luar China Wang Yi bersetuju untuk menemui Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sibuk dengan pilihan raya negeri pada Jumaat ini.
Pertemuan itu berkemungkinan membincangkan mengenai pelaburan China di negara ini.
“Menteri luar China ini, antara negara paling kuat di dunia.
"Dia sanggup, saya kata minta maaf saya sibuk.
"Dia kata tidak apa, boleh datang Kedah atau Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik Bernama di Nibong Tebal, Penang, hari ini.
Anwar telah melawat Beijing dan Hainan dari 29 Mac hingga 1 April lalu, dan telah mengadakan sidang kemuncak bersama Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menterinya Li Qiang.
Dia juga telah menghadiri Forum Boao untuk Asia yang diketuai China dan mendapatkan pelaburan serta perkongsian besar daripada China mengenai projek perindustrian utama Malaysia.
Selepas pulang dari lawatannya, Anwar berkata Xi Jinping turut mengalu-alukan ideanya untuk menubuhkan Tabung Kewangan Asia bagi mengurangkan pergantungan rantau ini kepada dolar AS dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai