Kebakaran hutan di barat AS merebak 38,044 hektar
GLOBAL | Kebakaran hutan yang melanda negeri-negeri barat AS, California dan Nevada sejak Jumaat lepas merebak hingga 38,044 hektar (380.4 km persegi) setakat Khamis, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kebakaran digelar York Fire itu, kali pertama dilaporkan di hartanah persendirian di Banjaran New York di Taman Negara Mojave (MNP) California dan merentasi sempadan negeri ke Clark County di Nevada pada Ahad.
Bencana itu juga kebakaran terbesar di California pada tahun ini.
Menurut sistem pengurusan maklumat insiden semua risiko antara agensi InciWeb, dianggarkan 63 peratus daripada kebakaran itu dapat dikawal dan dijangka dikawal sepenuhnya pada 14 Ogos.
Kebakaran hutan itu semakin terkawal sejak beberapa hari lepas sebahagiannya disebabkan oleh hujan monsun yang memperlahankan kemaraan api, lapor media tempatan.
Oleh kerana kejadian itu berlaku di kawasan luar bandar, tiada arahan pemindahan dikeluarkan tetapi ekosistem tempatan terancam oleh kebakaran.
- Bernama-Xinhua
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai