Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Mansuhkan Sosma sebab benarkan bukti 'berbahaya' dalam perbicaraan - Peguam

Seorang peguam menggesa kerajaan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana ia membenarkan bukti 'berbahaya' yang kebiasaannya tidak dibenarkan dalam perbicaraan di mahkamah.

Peringatan itu dibuat Charles Hector Fernandez terhadap kerajaan susulan mogok lapar oleh tahanan Sosma, yang berakhir semalam.

“Sosma seperti Escar, merujuk kepada Peraturan-Peraturan Penting (Kes Keselamatan) 1975), mesti dimansuhkan.

“Ini kerana ia membenarkan penggunaan dan kebolehterimaan bukti 'berbahaya' dalam perbicaraan yang tidak dibenarkan dalam Akta Keterangan Malaysia (1950), yang menetapkan standard bukti yang dibenarkan dan boleh diterima di mahkamah semasa perbicaraan.

"Membenarkan bukti yang tidak dibenarkan oleh Akta Keterangan mengakibatkan ketidakadilan dan perbicaraan yang tidak adil," kata Hector kepada Malaysiakini.

Peguam itu bagaimanapun mengingatkan Sosma bukanlah undang-undang penahanan tanpa bicara seperti Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Ini kerana mereka yang didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Sosma akan dibicarakan di mahkamah dan akan dibebaskan jika tidak disabitkan kesalahan.

Sejak penggubalannya, pengkritik membangkitkan kebimbangan terhadap undang-undang berkenaan yang antara lain membolehkan saksi perbicaraan memberi keterangan berdasarkan khabar angin yang boleh diterima di bawah undang-undang kontroversi itu.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Ramkarpal Singh berkata, tahanan Sosma dan ahli keluarga mereka mengakhiri mogok lapar semalam.

Ramkarpal berkata, dia bertemu tahanan di penjara Sungai Buloh dan kumpulan di luar penjara yang terlibat dalam mogok itu.

“Hasil penjelasan saya kepada tahanan dan ahli keluarga mereka, mogok lapar itu berakhir semalam kira-kira jam 2 petang.

"Saya sangat bimbang tentang kesihatan mereka dan gembira melihat mereka makan dan minum," tambah Ramkarpal.

Menurut laporan, kira-kira 100 ahli keluarga seramai 69 tahanan Sosma mengambil bahagian dalam mogok yang bermula Isnin abgi menuntut tahanan - yang sedang dipenjarakan tanpa bicara - dibebaskan.

[Baca berita penuh]