Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Anwar lawan Awang Hashim: Perbicaraan penuh kes fitnah pada 2026

Saman fitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap ahli Parlimen PAS Awang Hashim telah ditetapkan untuk perbicaraan penuh selama enam hari bermula pada 2026.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan perkara itu untuk dibicarakan pada 13 hingga 20 Julai serta 26 Julai tahun tersebut.

Peguam Sankara Nair mengesahkan bahawa perbicaraan akan dijalankan di hadapan hakim mahkamah sivil Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Katanya, semasa pengurusan kes hari ini, mahkamah turut mengarahkan pihak-pihak supaya melengkapkan dokumen praperbicaraan selewat-lewatnya pada 30 Nov tahun ini.

Mahkamah juga menetapkan tindakan sivil untuk pengurusan kes lanjut pada 30 Nov, tambah Sankara.

Pada 3 Mac lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Awang berhubung dua dakwaan - dakwaan yang dirinya memiliki sikap dendam yang lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad dan dakwaan berkenaan keabsahan pelantikannya sebagai perdana menteri kesepuluh.

[Baca berita penuh]