PN letak senator Razali Idris lawan Ahmad Said di DUN Kijal
Pilihan raya negeri (PRN) di Terengganu menyaksikan senator dari Perikatan Nasional (PN) Razali Idris akan menentang Pengerusi BN negeri Ahmad Said di kerusi DUN Kijal.
Ahmad Said adalah penyandang DUN Kijal dan telah berkhidmat di kawasan itu sejak 1990 dengan hanya satu penggal tidak menjadi penyandang di kerusi berkenaan.
Kijal terletak di kerusi Parlimen Kemaman, yang dimenangi calon PAS Che Alias Hamid pada pilihan raya umum ke-15 tahun lepas, dengan majoriti 27,179 undi.
Kijal mempunyai populasi 98 peratus pengundi Melayu manakala dua peratus lagi adalah kaum Cina.
Razali kali terakhir bertanding dalam pilihan raya negeri pada 2008 iaitu di DUN Ru Rendang di bawah tiket BN.
Pengumuman itu dibuat pada majlis pengumuman calon PN di Marang, Terengganu malam ini.
Sementara itu, Ahmad Amzad Hashim ditugaskan PN untuk merampas semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Pada 27 Jun lalu, mahkamah pilihan raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad di kerusi berkenaan pada PRU15 lalu.
Mahkamah mendapati pempetisyen, Mohd Zubir Embong dari BN berjaya membuktikan rasuah berlaku dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Ini menyebabkan pilihan raya kecil perlu diadakan. SPR sebelum ini menetapkan PRK di Kuala Terengganu berlangsung serentak dengan enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.
Turut diumumkan pada malam ini kesemua calon PN Terengganu akan bertanding menggunakan logo PAS.
Berikut senarai calon PN Terengganu:
N01 Kuala Besut - Azbi Salleh
N02 Kota Putera - Nur Khuzaini Abdul Rahman
N03 Jertih - Riduan Mohd Nor
N04 Hulu Besut - Mohd Husaimi Hussin
N05 Jabi - Azman Ibrahim
N06 Permaisuri - Mohd Yusop Majid
N07 Langkap - Azmi Maarof
N08 Batu Rakit - Mohd Shafizi Ismail
N09 Tepuh - Hisyamuddin Abdul Karim
N10 Buluh Gading - Ridhuan Hashim
N11 Seberang Takir - Khazan Che Mat
N12 Bukit Tunggal - Zaharudin Zahid
N13 Wakaf Mempelam - Wan Sukairi Wan Abdullah
N14 Bandar - Ahmad Shah Muhamed
N15 Ladang - Zuraida Md Noor
N16 Batu Buruk - Muhammad Khalil Abdul Hadi
N17 Alur Limbat - Ariffin Deraman
N18 Bukit Payung - Mohd Nor Hamzah
N19 Ru Rendang - Ahmad Samsuri Mokhtar
N20 Pengkalan Berangan - Sulaiman Sulong
N21 Telemung - Mohd Zawawi Ismail
N22 Manir - Hilmi Harun
N23 Kuala Berang - Mamad Puteh
N24 Ajil - Maliaman Kassim
N25 Bukit Besi - Ghazali Sulaiman
N26 Rantau Abang - Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli
N27 Sura - Tengku Muhamad Fakhruddin Tengku Fauzi
N28 Paka - Satiful Bahari Mamat
N29 Kemasik – Ir. Saiful Azmi Suhaili
N30 Kijal - Razali Idris
N31 Cukai - Hanafiah Mat
N32 Air Putih - Mohd Hafiz Adam
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai