Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

PN umum tanding semua kerusi P Pinang, Bayan Lepas jadi tanda tanya

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan parti itu akan meletakkan calon di semua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee yang membuat pengumuman itu hanya mengumumkan calon bagi 39 kerusi.

Satu-satunya kerusi yang belum diumumkan adalah kerusi Bayan Lepas.

Ia menjadi pertikaian di antara PAS dan Gerakan - kedua-duanya parti dalam PN - dengan nama Presiden Gerakan Dominic Lau disebut-sebut akan diletakkan di kerusi bermajoriti Melayu berkenaan.

Namun, dalam senarai yang disebarkan kepada pihak media tertera nama Lau sebagai calon PN bagi kerusi DUN Bayan Lepas.

Majlis pengumuman itu diadakan di Markas Tarbiah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang akan cuba menawan Pantai Jerejak sekali lagi pada PRN kali ini.

Dominic Lau

Pada 2018 Oh hanya menerima 17.3 peratus undi daripada 23,646 pengundi berdaftar bagi kerusi itu menyebabkan dia tewas kepada Saifuddin Nasution Ismail dari PH.

Bagaimanapun, tahap sokongan terhadapnya meningkat dengan ketara pada PRU ke-15 apabila memperoleh 22.6 peratus undi ketika bertanding bagi kerusi parlimen Bayan Baru.

Pun begitu Oh tetap kalah kepada Sim Tze Tzin (PH) dengan majoriti 34,902 undi.

Berdepan cabaran sukar

Kali ini Oh akan menghadapi calon Pemuda PKR, Fahmi Zainol.

Sehingga tamat majlis pengumuman calon PN Pulau Pinang malam ini, nama Lau tidak umumkan dan calon PN Bayan Lepas masih menjadi tanda tanya.

Lau dikatakan berhasrat untuk bertanding di DUN Bayan Lepas, namun dikatakan mendapat bantahan segelintir pemimpin PAS.

Terdahulu hari ini,  Malaysiakini melaporkan seorang pemimpin PAS Pulau Pinang menganggap Presiden Gerakan itu sebagai "penakut" dan "bacul" kerana dilihat mengelak daripada bertembung dengan DAP dalam pilihan raya negeri bulan depan.

Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Anas Soffy Abd Wahid berkata parti itu bukan saja membantah penyertaan Lau untuk menjadi calon PN di Bayan Lepas, bahkan di mana-mana kerusi majoriti Melayu di negeri berkenaan.

Secara keseluruhan Gerakan diberikan tugas bertanding mewakili PN di 18 kerusi (tidak termasuk Bayan Lepas) namun parti itu dijangka berdepan cabaran besar kerana menghadapi DAP di kawasan majoriti Cina.

Jika Lau akhirnya diberi laluan di Bayan Lepas, dia menjadi satu-satunya calon dari Gerakan yang bertanding di kerusi majoriti Melayu.

Sementara itu Bersatu pula bertanding di 11 kerusi, termasuk empat dari sayap bersekutunya, manakala PAS di 10 kerusi dengan tiga merupakan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Berikut senarai penuh calon PN di Pulau Pinang

N1 Penaga - Mohd Yusni Mat Piah (PAS)

N2 Bertam - Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bersatu)

N3 Pinang Tunggal - Bukhori Ghazali (PAS)

N4 Permatang Berangan - Mohd Sobri Saleh (PAS)

N5 Sungai Dua - Muhammad Fauzi Yusoff (PAS)

N6 Telok Ayer Tawar - Azmi Alang (Bersatu)

N7 Sungai Puyu - Teow Chin Siang (PAS-DHPP)

N8 Bagan Jermal - Ong Chuan Jin (Bersatu-Bersekutu)

N9 Bagan Dalam - Jayaraman K Kunchu Kannu (PAS-DHPP)

N10 Seberang Jaya - Izhar Shah Arif Shah (Bersatu)

N11 Permatang Pasir - Amir Hamzah Abdul Hashim @Md Hashim (PAS)

N12 Penanti - Zulkefli Bakar (Bersatu)

N13 Berapit - Lee Kok Keong (Gerakan)

N14 Machang Bubok - Tan Hum Wei (Gerakan)

N15 Padang Lalang - Suresh Devaraj Naidu (Bersatu-Bersekutu)

N16 Perai - Sivasuntaram Rajalinggam (Gerakan)

N17 Bukit Tengah - Baljit Singh Jigiri Singh (Gerakan)

N18 Bukit Tambun - Tan Gia Wei (Gerakan)

N19 Jawi - Koh Tien Yew (PAS-DHPP)

N20 Sungai Bakap - Nor Zamri Latiff (PAS)

N21 Sungai Acheh - Zulkifli Ibrahim (Bersatu)

N22 Tanjong Bunga - Hng Chee Wey (Gerakan)

N23 Air Putih - Kong Cheng Ann (Gerakan)

N24 Kebun Bunga - Tan Zhen Zune (Gerakan)

N25 Pulau Tikus - Tang Ching Sern (Gerakan)

N26 Padang Kota - H'ng Khoon Leng (Gerakan)

N27 Pengkalan Kota - Suthakaran Subramaniam (Gerakan)

N28 Komtar - Cheah Kim Huat (Bersatu-Bersekutu)

N29 Datok Keramat - Heng See Lin (Gerakan)

N30 Sungai Pinang - Ng Fook On (Gerakan)

N31 Batu Lancang - Mohd Aswaad Jaafar (Gerakan)

N32 Seri Delima - Mohan Apparoo (Bersatu-Bersekutu)

N33 Air Itam - Cheang Chee Gooi (Gerakan)

N34 Paya Terubong - Ooi Ghee Oon (Gerakan)

N35 Batu Uban - Mok Kok On (Gerakan)

N36 Pantai Jerejak - Oh Tong Keong (Gerakan)

N37 Batu Maung - Azahari Aris (Bersatu)

N38 Bayan Lepas - Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)

N39 Pulau Betong - Mohamad Shukor Zakariah (PAS)

N40 Telok Bahang - Muhamad Kasim (Bersatu)