Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Saman fitnah: Kit Siang sedia heret Annuar ke mahkamah

Lim Kit Siang bersedia untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri Annuar Musa, berikutan dakwaannya yang menafikan memfitnah veteran DAP itu berhubung rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969.

Peguam Lim, Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu, pagi tadi selepas menerima surat maklum balas daripada pasukan peguam Annuar pada 21 Julai.

"Kami telah menerima jawapannya (Annuar) dan saya mempunyai arahan untuk memfailkan (saman fitnah di mahkamah sivil)," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, peguam Annuar, Rosli Dahlan menyatakan bahawa "kami akan membela.” 

Dalam surat 21 Julai yang dikeluarkan oleh peguamnya daripada firma Rosli Dahlan Saravana Partnership, Annuar menegaskan bahawa ucapannya pada 6 Julai adalah “berdasarkan fakta, sah dan wajar, serta tidak berniat jahat atau memfitnah.

“Berdasarkan premis itu, semua dakwaan dalam surat kamu dinafikan.

“Kami diarahkan untuk memaklumkan kepada kamu  bahawa jika pelanggan kamu memutuskan untuk memfailkan sebarang tindakan undang-undang, kami mempunyai arahan untuk menerima perkhidmatan proses dan pelanggan kami akan mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh. Semua hak pelanggan kami terpelihara secara nyata,” petik surat itu.

Pada 10 Julai lalu, Lim melalui pasukan peguamnya menyampaikan surat tuntutan kepada Annuar - kini ahli PAS - berhubung dakwaan mengaitkannya dengan rusuhan kaum yang menyaksikan ramai terbunuh itu.

Dalam surat itu, Lim menuntut penarikan balik kenyataan Annuar yang didakwa memfitnah, permohonan maaf, dan sejumlah ganti rugi, untuk dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan.

Menerusi surat itu, Lim menambah dia berhak memfailkan tindakan undang-undang sekiranya Annuar gagal mematuhi tuntutannya.

[Baca berita penuh]