Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

PRN: Amanah bertanding di 31 DUN

Amanah mengumumkan seramai 31 calon bagi DUN yang akan bertanding di enam negeri dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Presiden Amanah Mohammad Sabu berkata pihaknya secara keseluruhan kali ini mengekalkan sembilan penyandang, 15 muka baru dan masing-masing tujuh calon muda dan wanita.

Naib Pengerusi Amanah Mahfuz Omar turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Alor Mengkudu, Kedah.

"Saya nampak rakyat Kelantan nak buat perubahan, termasuk golongan muda. Insya-Allah, kita ada harapan yang baik di Kelantan.

"Bagi kerusi yang belum selesai, ia perkara biasa sebab masing-masing (parti) ada permintaan untuk bertanding," kata Mohamad dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Berikut kerusi dan calon-calon Amanah di enam negeri:

Pulau Pinang

N38 Bayan Lepas: Azrul Mahathir Aziz

N11 Permatang Pasir: Muhammad Faiz Fadzil

Selangor

N02 Sabak: Samad Hashim

N05 Hulu Bernam: Mohd Amran Mohd Sakir

N15 Taman Templer: Anfaal Shaari

N41 Batu Tiga :Danial Al Rasyid

N21 Pandan Indah: Izham Hashim

N26 Sungai Ramal Mazwan Johar

N29 Seri Serdang: Abbas Salimi Azmi

N42 Meru: Mariam: Abdul Rashid

N52 Kuala Langat: Hasnul Baharudin

Terengganu

N16 Batu Buruk: Mohamad Zamir Ghazali

N19: Ru Rendang: Suhaimi Sulaiman

(Dun Tepoh dan Bandar masih dalam rundingan)

Kelantan

N09 Kota Lama: Dr Hafidzah Mustakim

N12 Pengkalan Pasir: Rushdan Mustafa

N19: Demit: Ismail Ghani

N20 Tawang: Mat Isa Che Din

N24 Kadok: Mohd Azizan Razak

N26 Bukit Panau: Samsu Adabi

N34 Temangan: Abdul Kadir Othman

Kedah

N07 Kota Siputeh: Dr Salmi Said

N07 Kuala Nerang: Ridhuan Abu Bakar

N14 Alor Mengkudu: Mahfuz Omar

N16 Kubang Rotan: Mohd Asmirul Anuar Aris

N17 Pengkalan Kundur: Dr Ismail Saleh

N18 Tokai: Zainul Abidin Saad

N20 Sungai Limau: Siti Balqis Husain

N23 Belantik:Mazli Saipi

N31 Kupang: Mohd Shuhaime Hamzah

Negeri Sembilan

N04 Kelawang: Bakri Sawir

N25 Paroi: Nor Wani Ahmad