Netizen ungkit warga emas ditangkap kes hina MB Kedah
Penangkapan menteri besar sementara Kedah Muhamad Sanusi Md Nor mengundang maklum balas dan kritikan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
Beberapa penganalisis mengimbas kembali penahanan Anwar Ibrahim pada 1998.
Sementara itu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PSM Michael Jeyakumar Devaraj pula menyoal penahanan pemimpin PAS itu yang dilakukan sekitar jam tiga pagi sedang dia boleh diarah untuk hadir sendiri ke balai polis.
"Kerajaan Madani hari ini yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) telah lama memperjuangkan untuk memansuhkan akta ini, malah ia tertulis dalam manifesto PH.
"Kita tidak boleh hanya menjadi idealis ketika dalam pembangkang, kemudian meninggalkan prinsip bila mendapat kuasa," kata mereka lagi.
Berkenaan waktu penahanan Sanusi, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menjelaskan tindakan itu selepas beberapa panggilan telefon yang dibuat kepada Sanusi ditolak.
Bagaimanapun, di Twitter lain pula ceritanya apabila ramai warga maya membangkitkan penahanan seorang warga emas berusia 61 tahun atas kes menghina Sanusi selaku menteri besar Kedah pada Ogos 2021.
Warga emas berkenaan dilaporkan ditangkap sekitar awal pagi dan kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa sengaja mengaibkan Sanusi.
Ketika itu, PAS merupakan sebahagian kerajaan persekutuan dan tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Azizan Hamzah.
Laporan berita Sinar Harian bertarikh 9 Ogos 2021 dengan judul "Warga emas hina MB Kedah ditahan" kembali tersebar di media sosial, kebanyakannya sebagai maklum balas kepada hantaran mengenai 'ketidakadilan' yang didakwa dilakukan kerajaan terhadap Sanusi.
"Dulu pak cik ni ditahan jam 3.57 pagi kerana dituduh hina Sanusi, jangan kita lupa.
"Hari ni giliran Sanusi," kata seorang pengguna di Twitter sambil mengepilkan laporan berita mengenai penangkapan warga emas itu.
"Masa warga emas ni kena tangkap PAS berdekah ketawa dan hina dia," dakwa seorang pengguna Twitter lain.
"Engkau buat pada orang boleh pulak? Betul lah pemimpin PAS bila ada kawasan lebih atas dari rakyat marhaen," kata satu lagi hantaran di Twitter.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai