Ketua Pemuda PH S'gor ganti Siti Mariah di DUN Seri Serdang?
Ketua Pemuda PH Selangor Danial Al-Rashid dijangka menjadi pertaruhan gabungan itu bagi mempertahankan kerusi DUN Seri Serdang menggantikan penyandangnya Dr Siti Mariah Mahmud.
Menurut sumber, Danial (gambar, bawah) sudah disenarai pendek antara calon berpotensi mewakili Amanah bagi bertanding di kerusi yang dimenangi PH sejak 2013.
"Danial merupakan pegawai khas kepada YB Dr Siti Mariah yang merupakan exco kerajaan negeri.
"Selepas Siti Mariah tidak bertanding pada kali ini, nama Danial muncul di situ yang juga agak terkenal di kalangan penduduk tempatan," katanya kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, Siti Mariah menang di DUN Seri Serdang pada tahun 2018. Sebelum itu, Siti Mariah merupakan ahli parlimen Kota Raja selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 yang mewakili PAS sebelum menyertai Amanah.
Namun, exco kerajaan Selangor itu tidak mempertahankan DUN Seri Serdang kali ini.
Pada 2018, dia menang kerusi itu dalam pertarungan mengalahkan penyandangnya Noor Hanim Ismail (PAS) dan bekas Adun selama dua penggal (2004 dan 2008) Mohamad Satim Diman dengan majoriti 14,363 undi.
Ketika dihubungi, Danial berkata dia akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada dirinya di calon di DUN Seri Serdang yang dilihat agak selamat bagi PH.
"Belum ada keputusan muktamad. Segalanya, terserah kepada pucuk pimpinan.
"Saya serah kepada pucuk pimpinan. Jika, dipilih saya berjanji akan bekerja keras untuk memastikan mempertahankan kerusi Seri Serdang kepada PH," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai