PRN Pulau Pinang: Umno akan tandingi enam DUN
Umno Pulau Pinang akan bertanding di enam kerusi untuk pilihan raya negeri akan datang pada 12 Ogos ini.
Pengerusi Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir dilaporkan berkata Umno juga sedang berunding dengan sekutu barunya PH, untuk bertanding di satu atau dua kerusi lagi.
Katanya, setakat ini enam kerusi yang disahkan akan ditandingi Umno termasuk dua kerusi penyandang parti itu - Permatang Berangan dan Sungai Dua - di bawah parlimen Tasek Gelugor, disandang bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.
"Kita juga akan bertanding di DUN Penaga dan DUN Bertam di Parlimen Kepala Batas serta di DUN Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal dan DUN Teluk Bahang di Parlimen Balik Pulau.
”Berkenaan dengan satu atau dua kerusi yang kita sedang runding, saya tidak dapat kongsi statusnya buat masa ini kerana masih belum pasti.
"Kita jangka rundingan mengenainya akan diselesaikan segera,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.
PH bersama Bersatu sebagai sekutunya ketika itu pada PRU14 memenangi 37 dari 40 kerusi DUN Pulau Pinang manakala pembangkang terdiri daripada Umno dan wakil tunggal PAS di Penaga.
Menurut Musa, Umno Pulau Pinang telah menyerahkan senarai calon bagi enam kerusi itu kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
”Kini semua keputusan itu terserah kepada Presiden untuk menentukannya,” jelasnya.
Menurut Musa, senarai calon itu terdiri daripada muka lama dan baru, dipilih atas keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai