Nik Nazmi: K'jaan akan rangka dasar perlombongan nadir bumi
Kerajaan akan merangka dasar persekutuan untuk menangani isu perlombongan haram unsur nadir bumi (REE).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan dasar itu akan merangkumi prosedur operasi standard (SOP) dari huluan sehingga hiliran untuk menangani masalah itu.
"Kebimbangan kita adalah kita tidak mahu REE dieksport dalam keadaan mentah dan tak dapat tambah nilainya.
"Kita tahu permintaan terhadap REE tinggi, dengan peralihan tenaga (pada masa ini)," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Nik Nazmi berkata demikian ketika diminta mengulas insiden kecurian REE terbaru di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah, di mana polis telah menahan sembilan individu pada 21 Jun lalu.
Dia berkata lagi, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof telah menugaskan kementeriannya untuk menyelaraskan perkara itu secepat mungkin bagi memastikan unsur nadir bumi dilombong secara lestari.
"Kita perlu seimbangkan antara sumber asli dengan alam sekitar," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai