PRN Selangor: PRM umum Ezam bertanding di DUN Pelabuhan Klang
Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Ezam Nor antara empat calon parti itu yang akan bertanding dalam PRN Selangor pada 12 Ogos ini.
Tiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presiden S Manikavasagam, Ketua Penerangan Tan Kang Yap dan Penolong Setiausaha Agung Syed Ahmad Putra Syed Isa.
Memaklumkan perkara itu, Ketua Biro Pilihan Raya PRM Zainol Arif Jamaludin berkata Ezam akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang, Manikavasagam di DUN Sentosa, Tan di DUN Pandamaran dan Syed Ahmad Putra di DUN Selat Klang.
Menurut Zainol, PRM juga akan bertanding di kerusi lain dan calon akan diumumkan sebelum hari penamaan calon pada 29 Julai ini.
“Biro Pilihan Raya PRM sedang meneliti lebih 10 calon lagi untuk PRN Selangor, antara yang akan menjadi calon PRM adalah seorang tokoh reformasi terkenal.
“Satu majlis khas akan diadakan untuk mengumumkan penyertaan tokoh ini dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selangor mempunyai 3,747,057 pengundi dan akan mengadakan PRN serentak dengan lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.
Pada PRU14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi, diikuti BN dengan empat kerusi dan PAS satu kerusi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai