Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

‘Jangan cabar semakan mahkamah berhubung nikotin dalam Akta Racun’

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak mencabar semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Kumpulan itu berkata ini akan menunjukkan bahawa kerajaan tetap komited untuk melindungi kesihatan orang awam.

“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana kerajaan telah menggunakan pertimbangannya dengan sangat berhati-hati dan betul dalam memilih, setiap masa, untuk memihak kepada kepentingan awam yang lebih besar dan kebajikan rakyat Malaysia, seperti yang dilihat dalam menyahjenayahkan tindakan bunuh diri, sebagai contoh, ” kata Presiden MCTC Dr Murallitharan Munisamy pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

MCTC, Malaysian Green Lung Association (MGLA), dan Voice of the Children (VOC) memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Ia adalah berhubung keputusan Kementerian Kesihatan pada 31 Mac untuk mengecualikan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun dengan tujuan memperkenalkan rang undang-undang baharu untuk mengawal produk dan peranti merokok, termasuk nikotin dalam cecair dan gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape.

[Baca berita penuh]