Lelaki Nepal lemas, jatuh tasik ketika kutip bola golf
Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di Johor Bahru, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.
"Mangsa yang berusia 27 tahun disyaki terjatuh ke dalam tasik pada pukul 3.50 petang dan ketika kejadian, dia sedang bekerja mengutip bola golf di kawasan tasik tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata pencarian dibuat menggunakan teknik pencarian permukaan dalam radius 3.05 meter sebelum mangsa dijumpai kira-kira 5.39 petang pada jarak 3.05 meter dari lokasi terakhir mangsa.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.15 petang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai